Skip to main content

Futsal

MPFL: Kedah lepaskan empat pemain serentak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yazid-futsal.jpg
Selepas prestasi yang kurang memberangsangkan pada pusingan pertama Kejohanan Liga Futsal Perdana Malaysia Divisyen 1, pasukan Kedah melakukan rombakan besar-besaran dengan melepaskan empat pemain serentak.

Skuad bimbingan Aidiel Boon Abdullah itu sekadar menamatkan pusingan pertama di kedudukan ketujuh liga dengan hanya mengumpul empat mata hasil satu kemenangan, satu seri dan tewas satu perlawanan.

Sehubungan itu, beberapa pemain terpaksa dilepaskan bagi memberi ruang Kedah memperkukuhkan potensi pasukan sebagai persiapan mengharungi baki perlawanan dalam saingan musim ini.

Empat pemain yang dilepaskan selepas mendapat persetujuan bersama adalah Shamsuri Saleh, Luqman Yaacob, Yazid Kamaruzuan dan Cesar Shammir.

Kedah dijadualkan menentang Selangor pada 22 Mei di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.


 

Advertisement

Must Watch Video