MELAKA 4 KEDAH 3
Sepakan penalti Ekmal Shahrin cukup untuk melengkapkan kebangkitan Melaka bagi meraih kemenangan kedua selepas menundukkan Kedah 4-3 dalam aksi tunggal Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2019 di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam, petang tadi.
Melaka memegang rekod lebih baik dengan satu kemenangan manakala Kedah mencari tiga mata pertama selepas mencatat dua keputusan seri sebelum ini.
Bagaimanapun, pasukan dari utara tanah air itu terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Nor Hamidrul Saleh ketika permainan berusia sembilan minit sebelum menggandakan kelebihan menerusi jaringan kapten, Syahmi Sani, tiga minit kemudian.
Kelebihan selesa terus diraih Kedah apabila Anwar Osman menjadikan kedudukan 3-0 empat minit selepas rehat, namun kebangkitan Melaka terserlah selepas itu.
Erzuan Gapar menyalakan harapan buat skuad Hang Tuah menerusi dua gol dalam tempoh dua minit dan Saad Sani menyamakan kedudukan pada minit ke-33 sebelum Ekmal melengkapkan kebangkitan Melaka, sekali gus membolehkan pasukannya mengutip mata keenam musim ini.
Melaka kini menduduki tangga ketiga liga, berkongsi enam mata dengan pendahulu, Selangor, dan Pahang tetapi dibezakan dengan jaringan.