Jurulatih Kuala Lumpur, Khairi Aswad Ishak, mengakui insiden layangan kad kuning kedua kepada pemainnya menjadi punca kekalahan 0-6 kepada Terengganu dalam aksi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL), malam tadi.
Menurutnya situasi itu telah menganggu rentak mereka, sekali gus dihukum Terengganu yang mengambil kesempatan untuk melebarkan kedudukan.
Malah, perjudian Khairi untuk menggunakan lima pemain di dalam gelanggang tanpa khidmat penjaga gol dalam usaha mencari jaringan juga tidak membuahkan hasil.
"Pada awal permainan memang didominasi pasukan saya, namun motivasi pemain semakin berkurangan apabila peluang terhidang gagal disudahkan.
"Pasukan lawan mengambil kesempatan atas kekurangan pemain kami dan moral Kuala Lumpur juga jatuh selepas itu," jelasnya.
Dalam insiden malam tadi, Shahril Anuar Rosdi diarah keluar padang oleh pengadil, Maizulhisham Mat Jusoh, pada minit ke-30 yang memaksa Kuala Lumpur beraksi kurang seorang pemain selama dua minit.
Selepas mengharungi empat perlawanan, Kuala Lumpur kini di kedudukan keenam dengan empat mata dan akan bertemu Selangor, Ahad ini.
Khairi menjelaskan ada beberapa aspek perlu diperkemaskan pasukan bimbingannya sekiranya berhajat mendapatkan mata ke atas pasukan pilihan itu.
"Masih banyak yang harus diperbaiki, antaranya daripada sudut teknikal dan psikologi.
"Walaupun kami berjaya mengawal emosi dalam perlawanan ini, kekuatan mental banyak memberi peranan kepada Kuala Lumpur," tambahnya.
Kredit foto: Terengganu FC (TFC)