Skip to main content

Futsal

MPFL: JDT terus mengaum di Pasir Gudang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdatay.jpg
Skuad futsal Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk menumbangkan Kuala Lumpur (KL) City 6-1 dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) musim ini di Pasir Gudang, kelmarin.

Pemain posisi Ala JDT, Syed Aizad Danial,  mencipta sensasi selepas melakar hatrik dalam aksi itu sekali gus memacu kemenangan kelima berturut-turut skuad Harimau Selatan.

*Alhamdulillah kemenangan kelima buat JDT, dan bersyukur tiga gol dalam perlawanan, Allah bagi power." kata Syed Aizat

Dalam perlawanan itu, KL City terlebih dahulu membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi Filipe Ameida seawal minit keenam, sebelum Awaluddin Mat Nawi menyamakan kedudukan pada minit kelapan.

Namin, Syed Aizat menyumbat gol kedua JDT pada minit ke-11, Danial Dain dan Radzwii Ahmad turut meletakkan nama sebagai penjaring buat JDT, jaringan kelima JDT hadir menerusi Syed Aizad pada minit ke-18 dan gol kedua peribadinya.

Masuk babak kedua perlawanan, JDT terus melakukan serangan bertali arus ke gawang gol KL City, dengan Syed Aizad melengkapkan hatrik pada minit ke-34 perlawanan untuk menutup perlawanan dengan kemenangan 6-1

Minggu keenam, JDT akan bertemu Sabah di Stadium Bandaraya Pair Gudang, manakala KL City akan menerima kunjungan Malaysian University di Kompleks Sukan ISN Raja Muda, hujung minggu ini.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video