Skuad futsal Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk menumbangkan TOT United 6-3 dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) musim ini di Kuala Lumpur, malam tadi.
Jaringan pembukaan JDT hadir menerusi pemain import Bruno Taffy seawal minit keempat perlawanan sebelum meledak jaringan kedua pada minit ke-13, TOT berjaya merapatkan defisit jaringan menerusi Mohd Ridhwan pada minit ke-17, sebelum ke bilik persalinan Caio menambah satu lagi jaringan buat JDT untuk mendahului 3-1 dalam babak pertama.
Masuk babak kedua perlawanan TOT terus melakukan serangan dan berjaya menghasilkan jaringan kedua menerusi Mohamad Sufri pada minit ke-22, JDT tidak menunggu lama apabila Awaluddin Mat Nawi terus mencetak dua gol pantas pada minit 23 dan 24, sebelum Syed Daniel mencetak gol keenam JDT pada minit ke-25, TOT akhirnya mendapat jaringan ketiga pada minit ke-33 menerusi Ahmad Azim.
Keputusan itu kekal hingga wisel penamat dengan kem Harimau Selatan pulang dengan tiga mata dari Kuala Lumpur sekali gus berada di puncak liga dengan 12 mata daripada empat perlawanan.