TERENGGANU 3 PULAU PINANG 1
Jaringan hatrik Ahmad Akil Khalis Adli Khairuz memastikan kemenangan 3-1 Terengganu ke atas Pulau Pinang dalam aksi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) di Stadium Negeri, sebentar tadi.
Pemain berusia 23 tahun itu memecahkan kebuntuan pada minit ketujuh apabila menyudahkan gerakan satu dua bersama Mohd Hafiz Ismail dari tengah gelanggang.
Pulau Pinang memperkemaskan rentak dan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi rembatan kaki kiri Muhammad Amirul Ismail pada minit ke-11.
Hasrat Terengganu untuk membawa kelebihan gol ke bilik persalinan tercapai selepas Akil Khalis menyudahkan sepakan percuma dari sebelah kiri pada minit ke-14.
Tiga minit bersambung babak kedua, Akil Khalis melengkapkan hatrik, sekaligus memberikan kemenangan 3-1 Terengganu di depan penyokong sendiri.
Bagi jurulatih Pulau Pinang, Abdul Gaafar Hoosen, faktor keletihan menjadi punca kekalahan pasukannya yang gagal menyaingi kepantasan serta ketangkasan tuan rumah.
Menurutnya, kehadiran ke Kuala Terengganu juga dijejaskan dengan kecederaan beberapa tonggak yang tidak dapat diturunkan.
"Terengganu memiliki kelebihan kerana tidak beraksi Rabu lalu, namun saya tetap berpuas hati dengan persembahan pemain-pemain saya," katanya.
"Sokongan padu penyokong sangat membantu kami dan saya gembira peluang yang ada disudahkan dengan baik," jelas pengendali Terengganu, Mohd Rozairi Ahmad, yang ditemui selepas perlawanan.