Jurulatih skuad futsal negara, Chiew Chun Yong, menyuarakan kebimbangan dengan mutu dan kualiti Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) yang menyerlahkan kepincangan prestasi dalam kalangan pemain negara.
Saingan MPFL mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya diadakan menerusi format liga secara timbal balik.
Mendapat sambutan hangat di kalangan peminat, tahap pertandingan,bagaimanapun, tidak seiring dengan kemeriahan perlawanan.
Perkara itu disuarakan Chun Yong berdasarkan penilaiannya terhadap beberapa perlawanan setakat ini.
"Perkembangan dalam prestasi pemain masih lagi belum pada tahap yang diinginkan. Itu pandangan saya.
"Saya berharap dalam dua atau tiga perlawanan seterusnya, saya mahu melihat aksi yang lebih cemerlang dipamerkan," katanya.
Lantas, Chun Yong berharap kem latihan pusat sehingga 11 Julai ini dapat membantu prestasi pemain negara ke tahap lebih baik.
Skuad negara kini membuat persiapan awal bagi menghadapi Kejohanan Futsal AFF 2019 di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam, Oktober depan.
"Kami membawa masuk lapan muka baru ke dalam skuad negara dan persembahan mereka akan dinilai dalam kem latihan," ujarnya lagi.