Skip to main content

Futsal

MPFL 2025: JDT raja pusingan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-futsal.jpg
Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), terus konsisten menampilkan prestasi cemerlang di pusingan pertama Liga Futsal Perdana Malayis (MPFL) dan terus menerajui carta  Divisyen 1 2025 selepas berakhir minggu ketujuh.

Skuad kendalian Juan Antonio, itu terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pusingan pertama MPFL selepas mencatat tujuh kemenangan liga dengan 21 mata.

JDT juga berjaya menghasilkan 40 jaringan dan 13 bolos untuk menghuni carta liga Divisyen 1.

Pada aksi ketujuh liga yang merupakan perlawanan terakhir pusingan satu, JDT berjaya berpesta gol di Stadium Bandaraya Pasir Gudang, menewaskan Kedah 11-2.

Advertisement

Must Watch Video