Selepas pusingan perlumbaan Grand Prix Qatar, pendahulu saingan MotoGP musim ini Marc Marquez masih belum menemui henjutan juaranya seperti yang dilakukanya sebelum ini di awal musim 2025.
Pelumba Ducati Lenovo itu bagaimanapun masih mengukuhkan kedudukanya di tangga teratas carta dengan mengumpul 171 mata.
Grand Prix Perancis yang berlangsung di Litar Le Mans semalam menyaksikan pelumba LCR Honda, Johan Zarco melakarkan kemenangan yang cukup bersejarah apabila muncul selaku pelumba Perancis pertama menjuarai GP Perancis itu bagi tempoh 71 tahun.
Manakala Marquez dengan penggunaan casis barunya pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan Fermin Aldeguer di tempat ketiga.
Kemenangan Zaro semalam sebenarnya turut mencalar rekod 22 kemenangan Ducati dalam perlumbaan MotoGP dengan disambut sorakan penuh emosi penyokong tuan rumah yang sekian lama menantikan kemenangan tersebut.
Bagi Marquez pula walaupun sekadar menduduki tangga kedua perlumbaan namun casis baru yang digunakan dalam perlumbaan kali ini memberikan isyarat yang positif buatnya untuk menempa kejuaraan seterusnya dalam pusingan perlumbaan seterusnya.
Sebelum ini Ducati Lenovo berdepan dengan sedikit isu mengenai penggunaan casis tersebut selepas seorang lagi pelumbanya Frrancesco Bagnaia enggan ia dikenakan pada jenteranya.
Pecco lebih memilih untuk menggunakan casis sedia ada kerana lebih berasa selesa ketika di litar.
Sebaliknya Marquez pula membuat keputusan untuk menggunakan casis baru tersebut pada kedua-dua jenteranya di Litar Le Mans semalam.
Selepas ini kesemua pelumba akan kembali berentap di Grand Prix United Kingdom yang dijadualkan bakal berlangsung pada 23 hingga 25 Mei ini.