"Saya serasi dengan jentera KTM “
Itu antara reaksi spontan pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, apabila diminta mengulas mengenai jentera yang bakal dipacu di Grand Prix (GP) Malaysia dari 24 hingga 26 Oktober hadapan.
Hakim Danish yang beraksi atas tiket wildcard saingan Moto3 diberikan kepercayaan menunggang jentera KTM spesifikasi kilang dan sudah berlatih bersama jentera terbarunya itu sebanyak dua kali di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Hakim Danish yang bakal membuat kemunculan bersejarah di Moto3 mengakui bebanan tanggungjawab dan harapan terarah terhadap dirinya, namun kekal tenang cari keserasian bersama jentera berbaki tempoh seminggu menuju GP Malaysia.
"Dalam dua tahun saya di Eropah menggunakan jentera KTM dan begitu juga di wildcard, saya lebih serasi kerana kelebihan dia dapat brek dia lambat, dalam ketika selekoh.
"Memang setiap malam saya berfikir bagaimana mahu berlumba, setiap hari saya di Sepang dan akan ada Latihan di litar. Ini seperti rumah kedua saya." katanya.
Sementara itu, Hakim Danish bagaikan tidak percaya dirinya berada di landasan tepat untuk merealisasikan impiannya sejak berpindah di Sepang lima tahun lalu.
Pelumba kelahiran Terengganu berusia 18 tahun itu pernah terdetik untuk mewarnai saingan Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix dengan tempoh angan-angan itu bakal berakhir dengan penampilan di saingan Moto3 nanti.
Dapatkan tiket anda di sini
Dapatkan Sekarang

Arai Helmet 100% Original
Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang