Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Marquez tidak akan beraksi di Australia dan Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kutukan-marc-marquez-di-mandalika-berlanjut.jpg
Juara Dunia MotoGP 2025, Marc Marquez disahkan akan terlepas aksi perlumbaan pusingan Grand Prix Australia dan Malaysia.

Ia susulan kecederaan yang dialami ketika terjatuh dalam kemalangan yang berlaku di Litar Mandalika hujung minggu lalu.

Marquez disahkan patah tulang selangka akibat insiden tersebut dan kini telah mendapatkan rawatan di Madrid, Sepanyol.

Kecederaan itu tidak memungkinkan Marquez untuk beraksi di Phillip Island dan Sepang bagi memberikan ruang kepada proses pemulihan beliau.

Dalam aksi Ahad lalu Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi melanggar bahagian belakang jentera Ducati milik Marquez kelmarin dan kedua-dua pelumba terpelanting ke kawasan kerikil pada kelajuan tinggi, dengan Marquez kelihatan kesakitan selepas berpusing ke udara sebelum jatuh.
Supplement

Multivitamin Untuk Semua

Dapatkan multivitamin Blackmores ini untuk bantu badan anda sihat dan cergas.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video