Strategi untuk menunggu dan mengambil peluang pada masa yang sesuai menjadi kunci kejayaan Marc Marquez dalam mengungguli perlumbaan GP Thailand di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, hari ini.
Kemenangan itu turut memutlakkan kejuaraan dunia kelapannya -- enam dalam kategori perdana, MotoGP.
Hampir 100,000 peminat membanjiri litar berkenaan menjelang lima pusingan terakhir musim ini.
Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo, yang memulakan perlumbaan di petak utama, mengemudi perlumbaan sejak awal sambil Marquez, yang menjuarai perlumbaan GP Sepanyol dua minggu lalu, mengekori rapat di belakang pelumba Perancis berusia 20 tahun itu.
Strategi untuk menunggu sehingga ke pusingan terakhir membuahkan hasil buat pelumba Repsol Honda itu apabila mengungguli episod kejar-mengejar dengan Quartararo sebelum melakukan pintasan di selekoh terakhir untuk muncul juara dengan catatan 39 minit 36.223 saat
Quartararo pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas ketinggalan 0.171 saat di belakang manakala pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales, melengkapkan kedudukan podium.