Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Marc Marquez juarai GP Austria buat kali pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marquez-austria.jpg
Juara dunia enam kali, Marc Marquez, mencatat rekod peribadi tersendiri dengan meraih kemenangan buat kali pertama di Grand Prix Austria yang sebelum ini umum mengetahui bukanlah litar yang digemarinya.

Meskipun bermula dari petak kedua selepas insiden terjatuh ketika sesi kelayakan, Marquez tampil berani untuk mengekori rapat pesaing terdekatnya, Marco Bezzecchi selama 19 pusingan sebelum memintas di selekoh pertama.

Di litar yang sama, pelumba Italtrans Racing Team, Diogo Moreira, tampil dominan dengan meraih kemenangan selesa untuk kali kedua musim ini sekaligus mengukuhkan lagi reputasinya sebagai pesaing utama dalam kategori perlumbaan Moto2.

Pesaing dari Sepanyol, Daniel Holgado sempat mengekalkan 'holeshot' di selekoh pertama, sebelum Moreira pantas memintas posisi pendahulu yang berjaya mengekalkan pengendalian jentera dengan baik tanpa melakukan kesilapan yang boleh menggugat kedudukan.

Sementara itu, Angel Piqueras yang juga dari Sepanyol muncul juara Moto3 yang terlebih dahulu perlu mengharungi perlumbaan sengit sehingga ke lap akhir di mana hanya ketenangan menjadi kunci untuk dia meraih kemenangan ketiganya musim ini.

Aksi silih berganti kedudukan itu menyaksikan dia berjaya mengekang cabaran hebat daripada pesaing terdekat dari Jepun, Ryusei Yamanaka dan rakan senegaranya, David Munoz untuk memastikan podium tertinggi jadi miliknya.

 
Redoxon

Kekal Aktif & Sihat Sepanjang Hari

Dengan Redoxon, anda dapat tenaga tambahan untuk gaya hidup aktif — dari aktiviti sukan ke rutin harian.


Tenaga Untuk Aktiviti Anda

Advertisement

Must Watch Video