Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Permotoran

MotoGP Malaysia: SIC sasar jual 170,000 tiket

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

motogp-malaysia-2022.jpg
Grand Prix (GP) Malaysia yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu depan bakal dibanjiri seramai 170,000 peminat sukan tanah air.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif, mengesahkan bahawa mereka dalam fasa terakhir untuk penjualan tiket dan bakal mencapai sasaran 170,000 pembeli. 

Malah, Azhan percaya kehadiran empat pelumba tempatan menerusi tiket peluang khas pasti menghangatkan lagi perlumbaan itu. 

"Kami sasar 170,000 pengunjung, hampir sama seperti penganjuran 2019. 




"Tapi buat masa ini agak mencabar untuk mencapainya. Tapi sasaran adalah sasaran, kami harap dapat mencapainya. 

"Kami masih ada tempoh seminggu lagi dan kami sedang bekerja keras untuk menjual stok tiket.

"Tahun ini (MotoGP Malaysia) mempunyai penunggang tempatan iaitu Syarifuddin Azman (Moto3), Kasma Daniel Kasmayudin,Azroy Hakeem Anuar dan Khairul Idham Pawi  yang akan menyertai saingan Moto2.

"Harap kami dapat tarik lebih ramai pengunjung tempatan untuk memberikan sokongan. 

"Kami juga menawarkan kelainan dengan mengadakan banyak acara di tempat duduk penonton tahun ini," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 


 
 

Advertisement

Must Watch Video