Bahang Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Malaysia semakin terasa dengan pindaan kemasukan percuma yang diberikan sebelum ini hanya kepada kanak-kanak yang berumur bawah dua tahun kini dipinda ke bawah tujuh tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MotoGP Malaysia, Azhan Shafriman Hanif, menjelaskan pindaan tersebut dibuat bagi menjadikan saingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu depan lebih hangat dengan lebih ramai golongan yang akan mewarnai MotoGP, bukan sahaja dalam kalangan dewasa malahan kanak-kanak.
"Ia sudah dipertimbangkan sejak tahun lalu, kami ingin beban ibu bapa. Tapi kepada mereka yang ingin (menikmati perlumbaan di) Grand Stand, kanak-kanak tersebut masih perlukan tiket," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Sementara itu, Penolong Sesuruhjaya Polis, ACP Tuan Azman Shari'at merangkap Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat KLIA menasihati orang ramai agar tidak sesekali membuat kekacauan kerana pemeriksaan ketat dan berkala akan dilakukan PDRM bagi memastikan keadaan terkawal.
"Bukan sahaja konvoi, semua yang datang. Kalau ada yang melanggar peraturan, kami akan ambil tindakan.
"Bukannya sebagai lesen untuk datang ke sini secara beramai-ramai untuk melanggar spesifikasi yang ditetapkan undang-undang," katanya pula.