Skip to main content

Permotoran

MotoGP kembali ke Malaysia, Damok peroleh tiket wildcard

damok2.jpg
Saingan MotoGP di Malaysia kembali mewarnai kancah sukan permotoran negara Oktober ini selepas hampir dua tahun tertangguh akibat penularan COVID-19.

Susulan itu teka-teki mengenai pelumba negara yang bakal beraksi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi tumpuan utama.

Bagaimanapun teka-teki itu terjawab pada pelancaran MotoGP Malaysia apabila SIC mengumumkan Syarifuddin Azman atau lebih mesra dipanggil Damok menerima tiket wildcard tersebut.

Ini merupakan kali kelima Damok menerima wildcard dan sekali lagi akan turun beraksi untuk pasukan VisionTrack Racing Team.

"Saya sangat teruja dengan peluang beraksi dalam saingan MotoGP kali ini. Saya akan cuba menghadirkan cabaran di kelompok utama dalam perlumbaan kali ini," kata Damok.

Damok sebelum ini beraksi menerusi tiket wild card di Aragon pada tahun lalu serta pusingan di GP Portugal, Sepanyol dan Catalunya.

Pelumba negara itu yang beraksi pada musim penuh Kejuaraan JuniorGP 2022 ketika ini menduduki tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 97 mata bersama pasukan SIC Racing.

Di samping itu, penganjuran MotoGP Malaysia kali ini memperkenalkan tema baru iaitu 'welcome home'.

Selepas tertangguh selama dua tahun, edisi MotoGP ke-23 ini yang bakal berlangsung 21 hingga 23 Oktober depan menyaksikan beberapa penambahbaikan.

Terdapat beberapa aktiviti baru yang telah disenaraikan seperti peminat sukan tanah air dapat menyaksikan pelumba MotoGP- memasak secara langsung.

Dan Night Tour Track serta berpeluang memenangi jentera Yamaha NVX dan Y1SZR bernilai RM22,000.

Advertisement

Must Watch Video