Pelumba Pramac Ducati, Jorge Martin nampaknya semakin gah menjarakkan kedudukanya dalam carta kejuaraan musim ini selepas muncul juara pada pusingan perlumbaan penuh dramatik yang berlangsung di GP Perancis, Le Mans.

Bagaimanapun kemenangan pelumba kelahiran Sepanyol itu tidak hadir dengan mudahn sebaliknya terpaksa mengerahkan segala tenaga dan henjutan maksimum jenteranya itu bagi mengatasi saingan dari dua pelumba Ducatik yang lain iaitu Francesco Bagnaia dan Marc Marquez.

Namun semangat juara yang ditampilkan Martin menafikan cabaran Bagnaia dan Marquez untuk terlebih dahulu mencecah garisan penamat untuk merangkul kejuaraan di Perancis kali ini.

Ia turut menyaksikan Marc Marquez kedua dan Bagnia terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Dengan kemenangan ini Martin kini mengumpul 129 mata dan agak sedikit selesa menjarakkan diri daripada Marc Marquez selaku pencabar terdekatnya setakat ini dengan mengumpul 91 mata.

Enea Bastianini yang juga pelumba Ducati pula ketika ini di tangga ketiga keseluruhan kejuaraan dengan mengumpul 89 mata.

Kesemua para pelumba MotoGP selepas ini akan berkumpul di Litar Catalunya, Sepanyol untuk pusingan perlumbaan seterusnya.