MOTOGP
MotoGP: Franco Morbidelli ungguli ujian pramusim hari kedua di Sepang
Selepas saingan hari pertama ujian masa yang penuh drama ekoran kemalangan membabitkan juara bertahan, Jorge Martin, Fabio Di Giannantonio serta Raul Fernandez.
Ujian pramusim semakin mendapat tumpuan apabila selain pasukan ternama juara dunia, Ducati mahupun Yamaha muncul antara jentera terpantas -turut menarik perhatian apabila jentera VR46 Ducati yang ditunggang Franco Morbidelli sukar digugat.
Litar Sepang menjadi antara medan persiapan terakhir sebelum perlumbaan pembuka tirai musim ini di Thailand bermula 28 Februari hadapan —atas faktor itu, tahap kelajuan jentera seperti Monster Yamaha, Ducati Lenovo serta Gresini berada di tahap optimum.
Iklan
Dengan masa semakin suntuk, ada yang meramalkan perebutan takhta kejuaraan musim ini antaranya juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez, Fabio Quartararo bersama Jorge Martin.
Lebih menarik, pasukan ternama dunia mengambil kesempatan susulan cuaca panas di Malaysia untuk mencuba gandingan tayar berbeza — memandangkan perlumbaan pembuka tirai di Thailand turut memiliki suhu kepanasan yang sama seperti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) nanti.
"Kami berkerja keras, saya gembira dengan keadaan jentera hari ini dan kami cuba mendapatkan kesempurnaan dan ia berjalan dengan lancar.
"Hari ini kami gunakan tayar medium sebelum ini, dan esok akan gunakan tayar berbeza pula." katanya.
Must-Watch Video