Penyandang juara dunia, Francesco Bagnaia, melabelkan persembahan semalam sebagai antara yang terbaik dalam MotoGP selepas mencipta rekod pusingan baharu dalam kelayakan dan memenangi acara pecut Grand Prix of The Americas.
Pelumba Ducati, Bagnaia merangkul petak pertama untuk perlumbaan Ahad di Circuit of the Americas (COTA) di Austin dengan rekod pusingan baharu, mengatasi Alex Lins dari Honda sebanyak 0.160 saat.
Bagnaia memperoleh 12 mata maksimum daripada acara pecut di mana dia menang dengan 2.545 saat ke atas Lins, bergerak dalam satu mata di belakang pendahulu kejuaraan Marco Bezzecchi dalam kedudukan awal musim.
"Ia adalah antara hari terbaik yang pernah saya alami dalam MotoGP memandangkan prestasi yang kami pamerkan," kata Bagnaia.
"Perasaan saya dengan jentera semakin meningkat dan di trek ini, buat pertama kalinya saya berasa hebat. Pagi ini dengan tayar terpakai saya rasa baik, jadi saya sudah faham di mana untuk menambah baik.
“Tetapi hari ini untuk perlumbaan ia sangat sukar kerana keadaan sangat panas dan sukar untuk menghentikan jentera.
"Terdapat sedikit masalah pada permulaan perlumbaan namun kemudian saya sudah biasa dengannya. Esok akan menjadi cerita yang berbeza."

Unstoppable from lights out to the chequered flag! ? ?
— MotoGP™? (@MotoGP) April 15, 2023
We’ve witnessed another golden ride from the reigning #MotoGP World Champ at today’s #TissotSprint! ? Will he do the double tomorrow? ?#AmericasGP ?? pic.twitter.com/0Bgh8F8e8a