Nombor 69 yang digunakan Nicky Hayden akan diabadikan MotoGP buat pelumba itu menerusi majlis penghormatan penuh beremosi dalam Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, semalam.
Juara Dunia 2006 yang turut digelar "The Kentucky Kid" itu meninggal dunia pada usia 35 tahun selepas dilanggar sebuah kereta ketika menjalani latihan berbasikal di Itali pada Mac 2017.
Keluarga dan rakan-rakan Hayden turut menghadiri upacara di pusat media Litar Americas itu, termasuk Presiden Kesatuan Perlumbaan Motosikal Antarabangsa, Jorge Vigas, dan Ketua Pegawai Eksekutif Hak Komersial dan Penyiaran MotoGP (Dorna), Carmelo Ezpeleta.
"Terima kasih buat semua yang hadir hari ini. Nicky mengasihi MotoGP kerana satu sebab, kerana terdapat ramai orang baik di sana termasuk pihak atasan," kata abang kepada Hayden, Tommy.
"Nicky memperoleh pelbagai kejayaan di atas litar, namun saya berasakan di telah memberikan impak yang besar sewaktu di luar litar dan kepada semua yang terlibat sama ada rakan-rakan, keluarga atau peminat.
"Ia sesuatu yang membanggakan kami.
"Nombor 69 merupakan sesuatu yang istimewa buat keluarga kami.
"Ayah saya berlumba dengan menggunakan nombor itu.
"Kemudian, ia digunakan oleh ahli keluarga yang lain seperti kakak saya, adik saya, Roger, dan diri saya sepanjang zaman kanak-kanak kami.
"Nicky menggunakan nombor itu sepanjang kariernya, jadi ia amat bermakna buat kami dan ia tidak akan lagi digunakan dalam MotoGP.
"Ia amat bermakna buat kami.
"Terima kasih kepada semua yang terus menghidupkan legasi Nicky," katanya.