Skip to main content

Sukan Lain

MOM sedia jadi orang tengah kemelut MAKAF

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

setiausaha-agung-majlis-olimpik-malaysia-(mom),-datuk-mohd-nazifuddin-mohd-najib.jpg
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib, sedia menjadi orang tengah untuk menyelesaikan kemelut dalaman Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF) jika mendapat mandat daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

Kesediaan Nazifuddin itu atas faktor MAKAF merupakan ahli gabungan MOM. 

Malah, kemelut itu semakin meruncing ekoran kelewatan pelantikan Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang baru susulan persaraan Datuk Zaiton Othman, awal bulan ini.

Lantas, MOM sedia bertanggungjawab jika diarahkan Syed Saddiq.

"Saya tidak ada kuasa untuk melihat isu-isu yang melanggar perlembagaan persatuan tetapi pihak PJS yang akan ambil tindakan. 

"Saya harap pihak kerajaan akan menyarankan kepada PJS agar mengambil tindakan (terhadap MAKAF) manakala MOM sedia membantu jika diberikan mandat.

"Itupun tertakluk di bawah persetujuan MOM," ujarnya. 

Tambahnya: "Kami berharap isu ini dapat diselesaikan sebab Sukan SEA 2019 sudah semakin dekat dan program karate-do perlu diadakan."

MAKAF sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada lima daripada 12 ahli gabungan yang mahu melancarkan undi tidak percaya terhadap jawatankuasa eksekutif badan induk itu.

Kumpulan itu merancang untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Ipoh, Perak, 9 Jun ini dengan tujuan mahu mengadakan pemilihan semula.

Advertisement

Must Watch Video