Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, mempertahankan tindakan menghantar majoriti atlet kategori B dan B2 ke Sukan SEA Filipina bulan depan yang mengundang persoalan mengenai kualiti kontinjen negara.
Malaysia akan menghantar kontinjen terbesar di luar Kuala Lumpur dengan jumlah keseluruhan 1,060 atlet dan pegawai -- mengatasi jumlah di Korat 2007 (820 atlet dan 294 pegawai).
Ketika ini, jumlah atlet kategori B dan B2 melebihi atlet kategori A, sekali gus menjadi petanda awal bahawa Malaysia tidak mampu mempertahankan gelaran juara keseluruhan.
Persoalannya, adakah Jawatankuasa Pemilihan Atlet Sukan SEA dipengerusikan Norza telah membuat keputusan yang tepat?
"Perkara paling penting adalah kontinjen Malaysia menyahut cabaran yang diwujudkan bagi saingan Asia Tenggara ini, kami menghantar atlet yang bakal dipertandingkan di Manila nanti," kata Norza.
"Terdapat beberapa acara yang dipertandingkan menyaksikan Malaysia dilihat sebagai pasukan bukan pilihan, ini adalah cabaran yang dihadapi dan kami akan memastikan atlet berusaha di Manila nanti," kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman.