Majlis Olimpik Malaysia (MOM) masih belum melantik Ketua Pegawai Operasi (COO) seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Laporan itu membangkitkan tanda tanya selepas Ung Su Ling, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia disebut sebagai COO baru MOM.
MOM menegaskan badan induk itu belum memuktamadkan sebarang pelantikan walaupun sebelum ini dilaporkan badan induk itu sudah mengenai pasti calon untuk jawatan itu.
Badan induk itu, bagaimanapun, mengesahkan sebarang pengumuman rasmi berhubung jawatan itu akan diputuskan hujung bulan ini.
Pelantikan seorang COO bertujuan memisahkan peranan pembuat dasar dan pengurusan MOM.
"Kami sedang mengkaji setiap calon yang dikenal pasti untuk membuat pilihan yang terbaik.
"Kami ingin menegaskan MOM tidak pernah mengumumkan secara rasmi akan melantik COO sebelum ini. Buat masa ini, kami akan membuat keputusan selepas kami sudah bersedia," kata Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria.