Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, mahu Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) segera menyelesaikan kemelut dalaman secara aman agar ia tidak menjejaskan peluang atlet negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Kemelut persatuan itu semakin meruncing selepas kelewatan pelantikan Pesuruhjaya Sukan (PJS) bagi menggantikan Datuk Zaiton Othman yang bersara.
MAKAF harus menyelesaikan kemelut itu bukan sahaja untuk melayakkan atlet ke Sukan Olimpik Tokyo tetapi juga untuk penyediaan atlet ke Sukan SEA Filipina, November depan di mana sukan karate perlu mempertahankan empat daripada tujuh pingat emas yang diraih dalam temasya Kuala Lumpur 2017.
"Saya rasa apa sahaja yang dibuat oleh kepimpinan persatuan perlu menunjukkan satu penyatuan dan apa sahaja permasalahan perlu diselesaikan secara harmoni.
"Sekiranya perpecahan itu terus berlaku, ia akan memberikan impak yang negatif terhadap persediaan atlet," katanya.
Terdahulu, kumpulan berhaluan kiri membabitkan 12 ahli gabungan MAKAF mendakwa kepimpinan baru badan induk itu tidak memiliki reputasi menyakinkan.
Persatuan itu akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Ipoh, Ahad ini bagi menyelesaikan kemelut berkenaan secepat mungkin.