Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak menilai tahap pencapaian seseorang atlet itu daripada warna pingat, sebaliknya lebih mementingkan kerja keras mereka dalam mempamerkan aksi
terbaik dalam Sukan Komanwel, April depan.
Demikian yang diungkapkan Presiden MOM, Tunku Imran Tuanku Ja'afar, berhubung sasaran pingat yang mampu dicapai oleh Malaysia di pentas temasya berkenaan.
Jelasnya, MOM sendiri enggan meletakkan tekanan kepada barisan atlet untuk meraih sesuatu pingat, sebaliknya adalah lebih baik untuk mereka terus fokus kepada prestasi masing-masing dan kejayaan akan terhasil dengan sendiri.
Bagaimanapun, sasaran sebenar hanya akan ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
"Mengakhiri saingan di tempat keempat dalam saingan akhir adalah satu pencapaian dalam Sukan Komanwel. Sebagai contoh, acara renang adalah saingan yang bertaraf dunia," kata Tunku Imran.
Sementara itu, Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Huang Ying How, yang juga chef-de-mission ke Sukan Komanwel senada dengan Tunku Imran yang menganggap penanda
aras temasya itu adalah dengan melihat kelayakan atlet itu beraksi terlebih dahulu.
Menjelang senarai akhir kontinjen yang akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankusa pemilihan pada 8 Januari ini, ia adalah tapisan pertama sebelum dimuktamadkan sebulan sebelum temasya bermula.
"Malaysia memiliki kontinjen yang lebih besar berbanding edisi sebelum ini. Kami berharap setiap atlet dapat turun mempamerkan aksi terbaik," kata Ying How.