Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberi jaminan untuk membantu skuad snuker negara yang berhadapan krisis kewangan serius ketika ini.
Ia turut menjejaskan persediaan skuad negara ke Sukan SEA Manila penghujung tahun ini, namun MOM bersetuju untuk memberi bantuan tidak lebih daripada RM30,000 mengikut kriteria yang ditetapkan.
Jumaat ini akan berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa bersama Persekutuan Snuker dan Billiards Malaysia di mana Norza memberi bayangan ia berkaitan dengan nasib skuad snuker negara.
"Kami akan bantu, tiada masalah. Kami memiliki peruntukan yang secukupnya dan kami akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat," kata Norza.
Turut melanda isu pemilihan ialah sukan luncur ais, namun MOM menegaskan tidak berhadapan dengan sebarang aduan daripada persatuan itu setakat ini.