Majlis Olimpik Malaysia (MOM) masih membuka ruang hingga 2 September depan untuk beberapa persatuan yang masih belum memutuskan senarai akhir atlet yang akan dihantar ke Sukan SEA Filipina, November depan.
Beberapa persatuan sukan masih dalam proses penilaian akhir menerusi kejohanan domestik dan antarabangsa sebelum menyerahkan senarai nama atlet kepada MOM.
Badan induk itu menetapkan tarikh serahan dokumen pada 15 Ogos ini, sebelum senarai itu dihantar ke pihak penganjur, 2 September depan.
"Kenapa dalam masa yang singkat kita boleh berjumpa dengan kesemua 52 persatuan ialah kerana proses pendigitalan.
"Maksudnya, kami sudah memberitahu sekretariat bahawa perjumpaan ini hanyalah untuk melihat isu-isu yang panel harus buat keputusan.
"Daripada segi penyenaraian atlet, prestasi dan pemfailan maklumat, ia telah dimasukkan lebih awal," kata Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria.
Antara sukan yang masih belum menghantar senarai akhir ialah olahraga, bola sepak wanita, hoki ais, boling tenpin, menembak, sukan tarian, polo dan kayak.
Menerusi 51 sukan yang akan dipertandingkan di Filipina, Malaysia akan diwakili 394 atlet lelaki dengan seramai 193 diletakkan dalam kategori A manakala 201 dalam kategori B.
Sementara itu, 287 atlet wanita akan mengambil bahagian dengan pecahan seramai 147 bagi kategori A dan 140 bagi kategori B.
"Kami juga tidak mahu atlet dalam kategori B dibebani dengan tugasan mencari dana.
"Tiada istilah kutipan dana awam untuk kategori B.
"Apabila persatuan berjumpa kami, kami memberitahu mereka bahawa mereka tidak boleh meminta atlet mencari dana daripada pihak lain," tambahnya.