Skip to main content

Sukan Asia

MOM bakal kaji penyenaraian sukan kategori B

nazifudin.jpg
Penyertaan atlet negara di bawah Kategori B dalam temasya utama perlu diperhalusi semula agar tiada lagi pembabitan yang sekadar untuk melengkapkan saingan.

Secara keseluruhan, 241 atlet tersenarai dalam Kategori B ketika saingan Sukan Asia di Jakarta-Palembang kali ini.

Perkiraannya mudah tatkala mereka yang berada dalam senarai itu perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri dan kos itu hanya akan ditanggung kembali Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sekiranya memenangi pingat.

Daripada jumlah berkenaan, hanya atlet ekuestrian, Qabil Ambak Mahamad Fathil, meraih perak menerusi saingan dressage serta gangsa menerusi Mohd Hazim Amzad bagi acara pencak silat Kategori C bawah 60 kilogram.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Mohd Najib, memberi jaminan kedua-dua atlet itu akan mendapat semula kos perbelanjaan mereka seperti mana yang telah ditetapkan.

"Kami akan melihat semula kategori B dan mungkin kami akan meletakkan kriteria minimum, di mana ada ruang buat tempat keenam dalam Asia dan seterusnya.

"Untuk kategori B, kami boleh katakan ia mengecewakan kerana menjanjikan pengakhiran di podium dan hanya dua sahaja memberikan pulangan," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video