Skip to main content

E-Sukan

MLBB Selangor Future Cup: Disiplin kunci kejayaan SMK Kota Kemuning

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpl.jpg
Jurulatih Mobile Legends Bang Bang (MLBB) SMK Kota Kemuning, Adib Sulaiman, menegaskan disiplin merupakan kunci utama kejayaan pasukannya menewaskan SMK Saujana Utama Kuala Selangor dalam aksi grand finale Kejohanan MLBB Selangor Future Cup 2025 edisi pertama.

Pemilihan karakter hero yang tepat turut menyumbang kepada kejayaan pasukannya merangkul gelaran itu.

"Ini adalah hasil usaha yang kami berlatih, kunci kami adalah disiplin, tanpa disiplin akan kalah sama seperti pemain professional.

"Pemilihan hero bukan saya sahaja tentukan, tetapi mereka juga," katanya.

Sementara itu, Midlaner SMK Kota Kemuning, Anantha Raj Kumar, pula memuji taktikal dan strategi yang direncana jurulatihnya yang benar-benar membuahkan hasil.

"Jurulatih bagi nasihat dan strategi yang beraksi dengan baik". tambahnya.

Aksi grand finale edisi pertama itu menyaksikan SMK Kota Kemuning Klang menundukkan SMK Saujana Utama Kuala  Selangor dengan keputusan 2-0.

Advertisement

Must Watch Video