Kurang 24 jam untuk menghadapi perlawanan pertama playoff MLBB Mid Season Cup (MSC), juara MPL MY, Selangor Red Giants (SRG), menyambut baik tentangan hebat Fire Flux.
SRG nyata berada di kelas tersendiri apabila mengumpul lima mata dalam saingan Kumpulan B dengan selepas menewaskan juara bertahan, Fnatic Onic, dari indonesia serta Team Falcon (Arab Saudi).
Lebih sensasi, SRG meneruskan rentetan kemenangan di peringkat tertinggi dunia itu, sekali gus menawarkan harapan untuk menepati sasaran mengisi kelompok tiga terbaik.
"Persediaan kami agak baik memandangkan kami berhasil mengatasi beberapa isu-isu," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Spekulasi SRG akan membariskan muka baru -- yang menjadi amalan bagi menyesuaikan corak permainan menentang pasukan dari benua berbeza -- bagi penentuan kalah mati bertemu Fire Flux turut bertiup kencang.

Pasukan dari Turkiye itu sememangnya terkenal dengan corak permainan taktikal tidak seperti kebiasaan pasukan dari Asia Tenggara yang hanya tertumpu kepada corak permainan agresif.
"Kami sedia berdepan mana-mana baki pasukan dalam kejohanan ini.
"Kami juga amat berdisiplin dalam soal corak permainan kami," katanya lagi.