SUKAN LAIN
Misi Suresh belum selesai
Kegagalan melunaskan misi dalam saingan Piala Davis menjadi faktor Suresh Menon menganggap tugasannya sebagai ketua jurulatih skuad tenis negara belum selesai.
Dia dan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) difahamkan sudah mencapai kata sepakat dalam urusan lanjutan kontrak tatkala perjanjian asal yang luput dua bulan lalu diperbaharui sehingga hujung tahun ini selepas tamatnya kempen Sukan SEA Filipina 2019.
Skuad lelaki negara yang dipimpin Suresh gagal melayakkan diri dalam misi ke Kumpulan 2, Piala Davis Zon Asia/Oceania.
Iklan
"Saya sedar perlu meningkatkan pasukan selepas dinaikkan. Sukan SEA akan menjadi lebih sukar memandangkan kini kami mengendalikan pasukan lelaki dan wanita.
"Apa yang positif adalah pemain kami mengutip mata ATP. Ia akan membantu pasukan untuk beraksi dalam Sukan SEA.
Suresh juga bakal berbincang dengan LTAM untuk perincian skuad Sukan SEA berdasarkan nama yang berada dalam senarai panjang ke temasya itu.
Dalam edisi dua tahun lalu di Kuala Lumpur, skuad tenis kebangsaan menyumbangkan satu pingat gangsa menerusi beregu wanita.
"Saya suka untuk melilhatnya. Jika kami dapat membawa pulang gangsa, itu satu pencapaian baik tetapi jika dapat melebihinya, ia satu kejayaan."
Must-Watch Video