OLAHRAGA
Misi "Double Treble" Fidaus Salim bersama Andre Anura
Jurulatih lompat jauh dan lompat kijang negara, Ahmad Firdaus Salim ,kini berpeluang untuk mencipta rekod 'Double Treble' bersama Andre Anura Anuar dialam temasya Sukan SEA 2025 yang bakal berlangsung di Thailand pada hujung tahun ini.
Andre yang sudah pun memiliki koleksi dua pingat emas acara lompat kijang di temaysa dwi tahunan itu meningkatkan lagi peluang Firdaus menoktahkan kejuaraan hatrik Andre dan melebarkan dominasinya di pentas Asia Tenggara.
Dalam pada itu, Andre Anura yang masih belum layak secara marit ke Sukan SEA tahun ini tidak sedikit pun menimbulkan perasaan gusar kepada Firdaus sebaliknya beliau mengambil pendekatan ke belakang dan mempertaruhkan teknik larian dan lompatan yang lama.
Iklan
Langkah itu diambil selepas Andre tidak mampu melepasi jarak sejauh 16 meter sejak dua tahun lalu.
"Kita sedang mencari cara perbaiki larian Andre supaya dia dapat meningkatkan catatan jaraknya
"Kini mahu cuba meraih hatrik pingat emas di Sukan SEA untuk Andre seperti mana pernah dicatat Hakimi Ismail." katanya
Untuk rekod, Firdaus tempoh hari pernah membimbing Muhammad Hakimi Ismail merekodkan hatrik pingat emas di Sukan SEA dalam acara yang sama antara 2015 sehingga 2019.
Must-Watch Video