Azroy Hakeem Anuar memburu podium pertama kelas CP115 pada musim ini apabila bakal beraksi dalam pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Teluk Intan, Perak, pada 20 dan 21 Mei ini.
Pelumba Givi Honda Yuzy Racing itu dianggap antara pencabar utama kejuaraan musim ini setelah menunjukkan prestasi cemerlang ketika sesi ujian pra-musim rasmi di Melaka, Februari lalu.
Bagaimanapun, dia terlepas dua pusingan awal musim ini kerana menyertai siri Asia Talent Cup manakala pusingan di Kemaman terpaksa dibatalkan, sekali gus menyaksikan pelumba itu masih belum memungut sebarang mata.
"Saya masih mencari rentak untuk menyesuaikan diri dengan jentera CP115 setelah tidak dapat beraksi pada pusingan pertama dan kedua," katanya.
"Pada pusingan ketiga pula, saya hanya dapat melakukan berapa pusingan sahaja, dan pada masa sama saya masih tercari-cari rentak tunggangan agresif yang dilakukan pada tahun lepas."
"Pada minggu ini, matlamat saya adalah mendapat podium kerana saya ingin menghadiahkan kemenangan kepada pemilik pasukan, iaitu Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, memandangkan perlumbaan ini berlangsung di kampung halamannya," tambah Azroy.