Skip to main content

Hoki

Mirnawan sedia tabur bakti

mirnawan-nawawi.jpg
"Jika ada tawaran, mungkin saya boleh pertimbangkan." Itu kata bekas ketua pasukan kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi, yang mahu membantu The Malaysian Hockey Tigers mencapai misi ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Hasrat Malaysia untuk memperbaiki mata ranking menerusi pentas Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 musnah apabila skuad hoki negara tewas 2-3 di tangan Kanada dalam aksi final, Sabtu lalu. 

Situasi itu membuatkan laluan barisan kendalian Roelant Oltmans itu untuk ke temasya Tokyo 2020 semakin berliku.

Bagaimanapun, Mirnawan berpendapat barisan pemain kebangsaan tidak boleh dipersalahkan tatkala tuah tidak menyebelahi mereka.

"Secara keseluruhannya, pasukan negara memberikan aksi terbaik tetapi daripada segi peluang dan kegagalan pukulan stroke, Malaysia jelas tidak bernasib baik.

"Kalau ada tawaran, saya mungkin akan pertimbangkannya. Saya melihat pemain muda seperti Akhimullah Anuar Esook dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal boleh mendapat keyakinan (dalam kempen Pusingan Akhir Siri FIH)," katanya. 

Mirnawan juga gembira melihat usaha Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam mendapatkan bantuan Jamie Dwyer kerana bekas penyerang Australia itu pernah membantu barisan depan skuad kebangsaan.

"Ini adalah salah satu keperluan (skuad kebangsaan) kerana KHM bertujuan untuk membantu pasukan negara," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video