CUB PRIX
Mini Cub Prix: Medan cungkil bakat baru ke pentas perlumbaan sebenar
Selepas pusingan pertama, penganjuran Mini Cub Prix mendapat sambutan memberangsangkan daripada kalangan ibu bapa yang hadir menyaksikan kelincahan anak-anak mereka di Dataran Seri Jempol.
Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, sempat mendapatkan reaksi pengunjung terutama dalam kalangan keluarga pelumba yang menyambut baik inisiatif itu untuk diteruskan bagi mencungkil bakat ke arah peringkat yang lebih tinggi.
"Sejak dari kecil kami sudah mula memberi pendedahan buat Rishi Keishan Kishi untuk mendapatkan rentak perlumbaan yang selesa.Mini Cub Prix 2024 di Dataran Seri Jempol.Perlumbaan ditukar format dan dipendekkan bagi setiap kategori susulan berlaku masalah pada transponder yang mengakibatkan perlumbaan tergendala hampir sejam.Tambahan dua laps bagi menggantikan aksi di race 2.@ASTROARENA pic.twitter.com/QcVdCjLLu3— Faizal Bazari (@faizalbazario) August 24, 2024
Iklan
"Sebelum ini Rishi sudah menduduki podium meskipun kali pertama menyertainya dalam beberapa kategori," kata ibunya, Intan Sapinah Azizan.
Dalam masa sama, bapa kepada Raja Abdurraqib menjelaskan bahawa litar di Jempol menawarkan keistimewaan berbeza berbanding di venue yang lain.
"Di sini litar diselaputi dengan warna cat berbeza dengan perlumbaan di venue sebelum ini selain menegaskan tekanan tayar juga memainkan peranan.
"Sudah tentu Raqib akan menjalani latihan tambahan untuk mengekalkan momentum kecemerlangan menjelang perlumbaan seterusnya," kata Raja Mohd Norfatihah.
Must-Watch Video