Pelumba kategori CP Junior Mini Cub Prix, Aqil Ramadhan Idris, menjadikan pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin, sebagai idolanya dalam perlumbaan jentera dua roda, malah turut memakai nombor keramat pelumba itu '55' sejak menceburi sukan permotoran.

Pelumba cilik berusia 12 tahun itu menjadikan gambarnya yang ditampal di sekolah sekali gus menjadi perhatian sebagai pembakar semangat untuk berlumba dengan lebih bersemangat memandangkan dirinya turut membawa imej baik sekolahnya.

Kejuaraan Mini Cub Prix merupakan medan cungkil bakat baru untuk membawa pelumba cilik ke pentas perlumbaan sebenar suatu hari nanti.





"Idola saya adalah Hafizh Syahrin, saya pakai nombor dia dari kecil hingga sekarang. Saya suka gaya dia bawa jenteranya di selekoh.

"Saya juga berasa terkejut kerana ada gambar saya di sekolah kerana membawa nama sekolah dalam perlumbaan juga. Setelah setahun beraksi di Mini Cub Prix saya sangat baik.

"Sasaran saya untuk lebih maju kedepan dan raih nombor satu." katanya kepada Nadi Arena.