Mohamad Harith Farhan Baharin bertekad untuk bangkit memberikan cabaran sengit dalam kelompok hadapan saingan CP115 apabila turun beraksi di hadapan penyokong sendiri dalam Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, 5-6 Mei ini.
Pelumba pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing itu masih gagal untuk menamatkan dua perlumbaan awal dalam kelompok hadapan musim ini meskipun mempunyai rekod baik dengan meraih dua podium, termasuk satu gelaran juara pada tahun pertama beraksi dalam kelas CP115 untuk menamatkan musim lalu di tangga keenam keseluruhan.
"Nasib saya tidak begitu baik sepanjang dua perlumbaan lepas. Saya gagal menamatkan perlumbaan pertama di Temerloh dan sekadar tamat di kedudukan ke-11 pada perlumbaan pusingan lepas.
"Berbeza dengan tahun 2016 apabila saya sering berada dalam kelompok depan dan berjaya menaiki podium," katanya.
Tambah pelumba berusia 18 tahun itu: "Daripada segi jentera, kami kelihatan sedikit ketinggalan berbanding pasukan lain, ditambah dengan kesilapan-kesilapan kecil yang saya lakukan.
"Walaupun masih mampu layak ke pusingan 'shoot-out', tetapi saya gagal untuk mendapatkan kedudukan petak mula di barisan hadapan. Saya yakin selepas ini pasukan akan melakukan sesuatu untuk membolehkan saya tampil lebih kompetitif dan membantu saya mendapatkan petak mula yang lebih baik.
"Perlumbaan minggu ini sangat penting dan saya bertekad untuk memberikan aksi terbaik. Kehadiran keluarga dan rakan-rakan di Terengganu sudah tentu akan membakar semangat saya.
"Saya perlu mendapatkan keputusan yang baik, kalau boleh di atas podium, untuk kembali bersaing dalam kelompok atas memandangkan ketika ini saya hanya mengumpul empat mata, jauh ketinggalan berbanding pelumba di kelompok atas dalam senarai keseluruhan, " kata pelumba berasal dari Kuala Terengganu itu.