Tenang kunci utama untuk setiap atlet, dalam aksi tertentu melibatkan kejohanan yang menuntut konsentrasi penuh, atlet memerlukan keupayaan sendiri untuk mengawal ketenangan minda.
Institut Sukan Begara (ISN) arif dengan keperluan atlet negara, Malaysia yang muncul sebagai negara pertama di Asia yang menggunakan peralatan yang dikenali sebagai 'The brain sensing headband'.
Kecelaruan minda mampu berlaku jika seseorang atlet gagal untuk mengawalnya.
Terlalu memikirkan keupayaan beraksi dalam sesebuah kejohanan, atau apa sahaja perkara yang menggangu ketenangan atlet sebelum, semasa dan selepas kejohanan mampu memberikan impak besar.
Jika mereka boleh mengatasi keadaan dengan sempurna, sudah pasti ketenangan yang ada pada atlet terlibat menjurus ke arah kelibat seorang atlet profesional mahupun berpengalaman.
Bagaimanapun, banyak contoh melibatkan atlet profesional yang berakhir kecewa kerana kegagalan mereka menyeimbangi minda ketika kejohanan.
Pakar psikologi ISN, How Peck Ngor, menegaskan musuh sebenar seorang atlet adalah diri mereka sendiri.
Ini menjadikan kebijaksanaan mereka mengawal minda adalah kunci utama untuk mereka menguasai keadaan.
Terlalu gugup dan terlalu yakin itu petanda yang kurang baik.
Usaha ISN membawa peralatan The brain sensing headband banyak membantu atlet negara sejak persedaiaan wakil negara menghadapi saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 lagi.
Ammar Hakim
Tue Nov 26 2024