Skip to main content

Sukan Lain

Milo MSSM 2025: Aiman Ikhwan, Izzatul Musfirah dinobat selaku raja, ratu pecut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

raja-ratu-pecut.jpg
Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2025 jadi saksi penerus legasi acara reben biru negara, apabila raja dan ratu pecut, Aiman Ikhwan Yahya serta Izzatul Musfirah, berjaya memecahkan rekod temasya menerusi larian emas.

Senario itu jadi petanda awal, pelapis atlet pecut negara yang kini diterajui Zaidatul Husniah Zulkifli serta Azeem Fahmi -- berjaya memecahkan rekod temasya menerusi larian emas.

Nama Izzatul Musfirah mula meningkat naik apabila diangkat sebagai Olahragawati MSSM 2023, ketika usianya baru 15 tahun.

Pelajar SMK Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Terengganu itu kembali garang tahun ini selepas diketepikan tahun lalu, ekoran kecederaan serius ibu jari kaki kanannya.

Sekembalinya Izzatul di trek balapan, misi dan fokusnya hanya satu, untuk memadam rekod temasya milik Azreen Nabila yang dicatat pada 2016.

Ternyata, penampilan terakhir di pentas MSSM diguna sebaiknya izzatul untuk mengukir sejarah baru menerusi kepantasan 11.84 saat.
 

Dalam saingan lelaki pula drama sebelum larian bermula apabila dua atlet terpaksa dibatalkan penyertaan ekoran kesalahan false start.

Situasi melibatkan Aizat Faliq Fadil dari Terengganu dan Darwiesy Rosyaiedyn dari Perak ternyata menggangu rentak larian selepas saingan dihentikan dua kali.

Pada ketika, tumpuan khusus diberikan kepada atlet Selangor dan Sabah di lorong 4 dan 5 — atlit bukan pilihan pula mencuri tumpuan.

Aiman Ikhwan Yahya bukan hanya meraih kilauan pingat emas malah meneruskan produk sensasi hasil perguruan bersama bekas ketua jurulatih olahraga negara, Mohd Poad Md Kassim sehingga merekodkan catatan 10.40 saat.

Kombinasi Poad dan Aiman berjaya memadamkan rekod mssm milik Danish Iftikhar yang direkodkan di edisi lalu.
Sport Shoes

Setiap Langkah Bawa Kejayaan

Kasut sukan yang direka untuk sokongan & ketahanan — sesuai untuk semangat juara dalam diri anda.


Ready, Set, Go

Advertisement

Must Watch Video