'Miki mengaku pusingan pertama Miki kalah'
Itu luahan atlet tempur negara, Muhammad Mikail Ghazali, yang turun berdepan petinju Indonesia, Misel Sileman, yang lebih pengalaman.
Pusingan pertama adik kepada bintang muay thai sensasi negara, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, itu ibarat hilang arah apabila hampir dijatuhkan oleh Misel.
Namun, dia yang disapa Miki berjaya kembali dengan gaya permainan lebih tenang untuk merampas pusingan 2, 3 dan 4, sekali gus menang menerusi keputusan majoriti dalam Twin Championship.
"Kadang-kadang perancangan tidak berjalan dengan lancar dan harus menukar strategi.
"Tidaklah jauh sangat. Pusingan kedua hingga keempat Miki yang punya.
"Miki tidak boleh kalah di hadapan penyokong Malaysia, lebih-lebih lagi berlawan dengan orang luar di tempat sendiri," katanya di Nadi Weekend.