Tyson dan Paul bakal melangkah masuk ke gelanggang di Stadium AT&T, Dallas, Texas di hadapan 80,000 penonton.
Menurut Sporting News, wang hadiah untuk pertarungan ini mencecah ASD80 juta (RM358 juta), dan Paul dijangka mendapat separuh daripadanya.
"Saya di sini untuk menjana ASD40 juta (RM179 juta) dan menumbangkan seorang legenda," kata Paul.
Tyson pula dijangka memperoleh lebih ASD20 juta (RM89 juta) daripada pertarungan yang bakal turut disiarkan menerusi Netflix.
"Pertarungan ini tidak akan mengubah hidup saya secara kewangan," kata Tyson menerusi SPORTbible.
"Jika saya melakukannya secara percuma, ia turut tidak akan mengubah hidup saya. Isteri saya kerap kali memberitahu, 'Anda tidak perlu bertarung'. Ini apa yang saya akan lakukan, inilah diri saya. Saya mencari kejayaan buat diri sendiri."
Reported Guaranteed Pay for Mike Tyson vs. Jake Paul ?
— MMA UNCENSORED (@MMAUNCENSORED1) November 10, 2024
Mike Tyson: $20M
Jake Paul: $40M #TysonPaul #Boxing pic.twitter.com/BBTNt9EivY