Skip to main content

Hoki

MHL: Arul masih belum selesa

arul.jpg
Ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj, masih belum selesa selaku pendahulu Liga Hoki Malaysia (LHM) yang akan memasuki pusingan kedua esok.

Kejayaan menewaskan TNB 1-0 semalam mengekalkan rekod kemenangan bersih UniKL dan berkelebihan lima mata di atas pencabar terdekat itu.

Prestasi sepanjang pusingan pertama musim ini memperlihatkan potensi pasukannya untuk mempertahankan kejuaraan tetapi Arul masih belum berasa selesa.

"Masih awal, ada tujuh perlawanan lagi.

"Kami hanya perlu melakukan tugas kami, itu sahaja.

"Kami tidak boleh mengharapkan tuah daripada pasukan lain.

"Kami perlu menyasarkan tiga mata dalam setiap perlawanan.

"Jadi, kami perlu ada mentaliti seperti itu," katanya.

Aksi di Stadium Hoki Tengku Abdullah, Bangi semalam menyaksikan penyerang UniKL, Faridzul Afiq Mohd, muncul wira pasukannya apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-25.

Pujian perlu diberikan kepada penjaga gol juara bertahan itu, David Harte, yang menafikan penalti stroke Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi pada minit ke-38.

"Sejujurnya, saya amat gembira dapat beraksi seperti itu buat UniKL," kata Harte.

"Saya gembira untuk memberikan impak dalam perlawanan."



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found