Skuad menembak negara terus longlai pada hari kedua Sukan Asia 2018 selepas ketiga-tiga wakil gagal melayakkan diri ke pusingan akhir acara masing masing di Lapang Sasar, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, hari ini.
Atlet kebangsaan, Mohd Lutfi Othman, yang memulakan saingan terlebih dahulu dalam acara 10 meter individu lelaki air rifle, bersaing dengan 44 peserta lain tatkala hanya lapan slot diperuntukkan untuk layak beraksi dalam pusingan akhir yang dijadualkan petang ini.
Walaupun Lutfi sudah mampu mengatasi rasa gugup berbanding saingan ketika berpasukan campuran semalam, dia gagal untuk melakukan bidikan konsisten sehingga memakan diri.
Tamat pusingan kelayakan, Lutfi sekadar berada di kedudukan ke-28 dengan catatan 614.3 mata.
"Saya berasa sedikit rugi kerana persembahan saya agak konsisten, cuma catatan mata saya agak jauh," kata Lutfi.
Sementara itu, rakan sepasukan Lutfi, Nur Izazi Rosli, hampir mencipta kejutan untuk mara ke pusingan akhir, namun bidikannya sekadar meraih 622.3 mata untuk berada di tangga ke-10.
Dia hanya dibezakan 1.7 mata dengan penembak Taiwan, Lin Yingshin, yang menghuni tangga kelapan pusingan kelayakan.
"Saya redha. Mara ke final atau tidak, saya terima kerana saya telah melakukan yang terbaik hari ini," ujar Izazi.
Dalam acara trap 50m, penembak veteran, Chen Seong Fook, juga gagal menampilkan aksi memberangsangkan.
Walaupun ketika pusingan kelayakan pertama semalam dia menghuni tangga ke-22, namun dalam pusingan kelayakan kedua dia sekadar meraih 110 mata untuk berada di tangga ke-26 daripada 30 peserta yang mengambil bahagian.
"Saya rasa ia bergantung kepada cuaca kerana saingan kini lebih sengit. Tiada ruang untuk melakukan kesilapan," tambah Seong Fook.