Kemarau pingat bagi acara menembak berterusan apabila kali ini hampa buat dua wakil 25 meter pistol wanita negara, Alia Sazana Azahari dan Bibiana Ng, di peringkat kelayakan Sukan Asia Jakarta-Palembang, hari ini.
Alia pasti lebih hampa apabila dia begitu hampir untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik ke final melalui mata terkumpul daripada klasifikasi precision dan rapid fire.
Alia memperoleh 284 mata bagi precision dan 295 daripada rapid fire untuk mengumpul 579 mata bagi menduduki tempat kesembilan keseluruhan.
"Saya sedar betapa sukarnya saingan ini dan saya dapat mengekalkan ketenangan.
"Bagaimanapun, ia masih belum memadai.
"Saya tahu saya perlu lebih fokus, berlatih dengan lebih gigih lagi. Begitupun, saya berpuas hati dengan persembahan ini kerana bukan mudah untuk menembak dalam kejohanan besar," katanya.
Sementara itu, Bibiana menamatkan saingan di kedudukan ke-25 meskipun bermula garang dalam saingan precision dengan membidik 97 mata tetapi dikecewakan aksi sendiri di pertengahan saingan.
Selepas ini, dia akan mengalih tumpuan kepada acara 10 air pistol indivdu wanita pada Jumaat ini.