Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) akan mengkaji kedudukan jurulatih menembak negara, Park Sang Soon, susulan prestasi buruk skuad menembak negara dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
Buat kali pertama sejak 2006, skuad menembak negara gagal menyumbang sebarang pingat dalam penampilan di pentas Sukan Asia.
Lebih mengecewakan, tiada seorang pun penembak negara yang mampu mara ke pusingan akhir apabila kesemuanya terkandas di peringkat kelayakan dalam beberapa acara yang disertai di Palembang.
Pencapaian buruk itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan mengenai kedudukan Sang Soon ekoran mereka juga hambar dalam Sukan Komanwel Gold Coast selepas hanya mampu meraih sebutir gangsa.
"Saya tidak berpuas hati. Semua orang kecewa. Malah, atlet juga menangis.
"Pemilihan jurulatih akan dibincangkan dan dianalisis bersama Majlis Sukan Negara (MSN). Ia akan ditentukan oleh pihak jawatankuasa," kata pengurus skuad menembak negara, Oong Eng Khong.
Sang Soon bersama atlet menembak lain dalam acara pistol pulang ke tanah air hari ini bagaimanapun enggan memberi komen lanjut mengenai prestasi buruk skuad menembak negara.
Apa pun, difahamkan Sang Soon yang akan berakhir kontraknya hujung tahun ini serta beberapa jurulatih lain akan dibincangkan dalam mesyuarat NSAM minggu depan.