Skip to main content

Sukan Asia

Menembak: Johnathan, Joseline terlepas tiket final

johnatan-welson.jpg
Kegagalan ke final 10 meter air pistol berpasukan campuran menjadi bekalan berguna buat Johnathan Wong menjelang saingan individu pada Selasa nanti. 

Dia dan Joseline Cheah begitu hampir untuk melayakkan diri ke final dalam aksi sengit membabitkan 20 negara lain, hari ini. 

Berdasarkan statistik, Johnathan memiliki prestasi lebih baik, dengan membidik 381 mata daripada 755.

"Saya dan senjata dalam keadaan baik. 

"Kelemahan ketara ialah keserasian di antara saya dan rakan sepasukan kerana jarang kami berlatih bersama untuk menghadapi acara ini," katanya. 

Empat mata yang membezakan Malaysia dan Kazakhstan, pasukan kelima yang mencuri slot ke final, seterusnya membuktikan Johnathan mampu melakukan sesuatu dalam saingan individu nanti.

"Sudah tentu ia mengecewakan tetapi dalam masa sama, ia menyuntik keyakinan kepada saya berdasarkan keputusan yang tidak jauh beza dengan slot final.

"Saya telah cuba melakukan yang terbaik. 

"Ia bukanlah catatan yang buruk, namun jelas sekali kami perlu meningkatkan lagi prestasi," ujarnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video