Skip to main content

Sukan Asia

Menembak: Johnathan akur hakikat kempunan pingat

johnathan_1.jpg
Hasrat penembak negara, Johnathan Wong, untuk menghadiahkan pingat buat Malaysia tidak kesampaian apabila tersingkir dalam aksi kelayakan 10 meter air pistol individu lelaki, hari ini.

Acara itu menjadi peluang terakhir Johnathan selepas persembahan berpasukan campuran bersama Joseline Cheah berlangsung kelmarin.

Johnathan cuba untuk mengelak daripada melakukan kesilapan tetapi kualiti bidikan yang dilakukannya ternyata tidak setaraf dengan lapan pencabar lain yang mara ke final.

Lebih perit, catatan 570 mata yang dikutipnya jauh daripada rekod peribadi terbaik, 585 mata, sekali gus membuatkan Johnathan menamatkan pusingan kelayakan di kedudukan ke-24.

"Sebenarnya, apabila melihat keputusan itu, saya agak kecewa. Saya rasa ia patut lebih bagus tetapi saya tidak tahu apa berlaku. 

"Saya sedar tembakan yang saya lepaskan tidak begitu konsisten dan dalam masa sama, jurulatih juga berpendapat saya kurang yakin. Jadi, saya perlu memperbaikinya," kata Johnathan.
 

Advertisement

Must Watch Video