Skuad menembak terus hambar dalam pemburuan pingat apabila dua penembak berpengalaman, Bibiana Ng dan Joseline Cheah, tersingkir dalam aksi kelayakan 10 meter air pistol wanita, hari ini.
Ini merupakan acara kedua dan terakhir buat mereka -- Joseline sebelum ini menyertai acara 10m air pistol berpasukan campuran bersama Johnathan Wong manakala Bibiana memulakan kempen dalam acara 25m air pistol.
Kedua-dua penembak itu menamatkan saingan kelayakan 10m air pistol ini masing-masing di kedudukan ke-23 serta 24 menerusi catatan 560 mata dan 559 mata.
"Persembahan yang sederhana bagi acara ini. Saya telah cuba yang terbaik dengan menggunakan beberapa teknik baru, cuma gagal menghasilkan keputusan yang positif," kata Joseline.