Penembak negara, Johnathan Wong, berazam mengulangi kejayaannya pada 2016 menerusi Kejohanan Menembak Asia di Qatar musim ini untuk menempah tiket keduanya dalam Sukan Olimpik.
Sebelum ini, Johnathan muncul penembak pertama negara untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik Rio 2016 menerusi kemenangannya dalam Kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik Asia di New Delhi, tiga tahun lalu, menerusi acara 10 meter air pistol individu lelaki.
Penembak berusia 27 tahun berkenaan yang menjadi harapan untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, sekali lagi bertekad membuktikan kecemerlangannya di Qatar, November depan.
Johnathan akan menyertai Kejohanan Dunia ISSF di Brazil, bulan depan, yang turut menawarkan tiket ke temasya Tokyo 2020.
"Sudah tentu kalau saya mahu ke Sukan Olimpik, saya perlu berikan persembahan terbaik dalam kejohanan yang disertai tetapi tumpuan utama saya adalah dalam Kejohanan Asia," katanya ketika ditemui di Lapang Sasar Menembak Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Dalam pada itu, Kejohanan Menembak Terbuka Selangor, yang ditunda bulan lalu akan diadakan Selasa depan sebagai pelantar untuk atlet mencari rentak bagi menghadapi kejohanan antarabangsa.
"Ini kali pertama Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang kembali menganjurkan pertandingan selepas hampir setahun.
"Bagaimanapun, saya tidak menetapkan sasaran tinggi kerana mahu menjadikannya sebagai medan persiapan untuk menghadapi Sukan SEA Filipina 2019 dan kelayakan Sukan Olimpik," ujarnya.