Skuad mendayung negara bermula dengan langkah kiri apabila Muhd Khairuddin Azwi menamatkan cabaran di tempat terakhir dalam pusingan kelayakan bagi acara single sculls.
Khairuddin menjadi wakil pertama Malaysia beraksi dalam acara mendayung yang berlangsung di Kompleks Sukan Jakabaring, hari ini.
Namun, kesilapan teknikal di garisan permulaan menyebabkan Khairuddin ketinggalan jauh sejak dari awal aksi dan ia menyukarkan peluangnya untuk mengejar pendayung negara lain.
Khairuddin sekadar menamatkan saingan di tangga keenam dengan catatan 9 minit 17.55 saat.
"Apa yang berlaku tadi, saya agak terkejut kerana mereka menggunakan 'quick start', di mana nama negara tidak disebutkan.
"Salah satu sebab juga adalah angin yang kuat, jadi ia memerlukan masa untuk membetulkan kedudukan," kata Khairuddin.
Bagaimanapun, Khairuddin mempunyai peluang kedua apabila bakal berentap dalam aksi repechage pada Selasa dan hanya dua peserta terbaik dalam kategori itu akan layak beraksi di final.
"Saya akan cuba yang terbaik untuk repeacharge dan kalau boleh mahu ke final. Repechage hanya akan mengambil dua atlet terbaik untuk mara ke saingan akhir," tambahnya.